Hi there! ![]() Syahirah, 21, Cairo University |
Salam Ramadhan Al-Mubarak :')
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh saudara sesama Islamku sekalian. Alhamdulillah, kita masih berkesempatan untuk merasai Ramadhan pada tahun ini. Allah masih memberi peluang kepada kita, hambaNya, untuk sama sama menikmati bulan yang penuh dengan keberkatan ini. Sempena bulan ini, marilah kita umat umat Nabi Muhammad saw, berusaha untuk meningkatkan amal ibadah, disamping merendahkan diri untuk selalu menghadap Allah yang Maha Esa. Banyakkan muhasabah diri, beristighfar, bersabar, dan berazam untuk menjadi seorang insan yang lebih baik. Elakkan berkata benda yang sia - sia dan kurangkan tabiat yang boleh mendorong kepada dosa. Perbanyakkan doa supaya pintu taubat sentiasa dibukakan buat kita, untuk menjadi insan yang mulia. Kumpulkan pahala sebanyak yang boleh sementara pintu hidayah disediakan untuk kita. Tanam azam ye, wahai sahabat - sahabatku sekalian. Assalamualaikum :)
|