Hi there! ![]() Syahirah, 21, Cairo University |
Majlis Khatam Al Quran, Khatan, dan Reunion Keluarga Haji Arsat :)
Assalamualaikum.
Hyeeee semua! Post hari ni agak panjang sikit lah ye. So, sediakan popcorn and
coke sekarang. Hahaha. Ehem ehem. Tarikh 8 Disember 2012, merupakan satu hari
yang sangat busy bagi my family and I. Ye ye. 3 majlis kat atas tulah. Bermula
dari 7 pagi, sampai 6 petang, barulah habis kesemua majlis majlis itu. Hari
yang penat, tapi best gila! Nak dimulakan cerita, pagi tu, aku bangun seawal
6.30 pagi. Yeah yeah. Tak pernah aku bangun awal macam tu sekali, cuti sekolah
ni, tahu? Harini, aku, Syue, Kiera and Syafiqah ada khatam Al Quran pukul 9.30
pagi. So, we all kena bangun awal lah. Pagi tu, riuh gila kot. Sana tak kena,
sini tak kena. Yang ni belum gosok baju, yang tu belum gosok baju. Dahlah masing
masing ngantuk. Hahaha. And, pukul 7 pagi, budak budak sunat dah mandi pagi. Atuk
yang mandikan. Wee suka aku tengok! Then, dah siap siap semua, diorang gerak
pergi klinik. Andddddd, sunat time! Muahahaha. Tak sabar nak tengok diorang
balik nanti. Hihi. Pastu, orang orang dah start datang dah. Kitorang pun kena
bersiaplah. Then, event started. We all dah siap serupa pengantin dah. Semua
pakai baju putih. Dah macam bidadari yang turun dari syurga. Hehehe. Majlis
khatam Al Quran berjalan dengan begitu sempurna sekali. Alhamdulillah. And, saya
dah khatam! Yay yay yay! ^^ Then, dah habis khatam tu, kitorang kena incharge
in anythinglah. Bergilir gilir jadi minah cendol. Pun boleh xD Ramai gila kot
orang yang datang. Berpeluh peluh adik nak layan. Dalam pukul 12 lebih macam
tu, budak budak sunat pun balik dari klinik. Siap diiringi dengan Seremban
riders lagi seh. Wuuuu gempak! ^^ Kitorang semua pun, very the excited. Hahaha.
Hmm yeah yeah. Dah bujang dah adik
benyeh aku tu ekkk. Brrrr. Haha. And, belah petangnya pulak, reunion family
atuk. Reunion ni, first time diadakan. Cehh. Adalah tujuan tujuan tertentu
reunion ni dibuat. Tak semua juga yang datang. But, Alhamdulillah lah, semua
waris ada. Macam macam jenis orang aku jumpa. Keturunan atuk semua. Mana satu
cicit, miut, piut, oneng oneng. Kompius aku. And, ada sorang jejaka tu. Ya
Allah, sejuk mata aku pandang dia wehhh. Budak baik gila kot. Very the
charismatic. Lelaki di bawah lindungan kaabah lah senang cakap. Hahahaha. And
guess what? Dia tu anak buah aku rupanya. Ngeeeee dia panggil aku makngah! Hey!
Dia lagi tua dari I okay? Hahaha sokay. As long, he’s adorable much :3 So,
lepas habis meeting, penyampaian hadiah semua, berakhirlah ketiga tiga majlis
harini. Fuhhhh hari yang meletihkan. Tapi, penuh dengan memori. Ecehhh. Heee.
So sampai sini jelah ye. Dah panjang sangat dah rasanya ni. Popcorn yang tak
habis tu, pergi simpan dalam fridge ekk? Hahaha. Anyway, thanks sudi menjenguk.
Okayyyy byebye semua. Assalamualaikum ^^
*Ini ada sedikit hadiah untuk korang :)
|